DEMOKRASI istilah berasal dari bahasa Yunani ..tafsiran Anraham Lincoln berbunyi “ kerajaan daripada rakyat , oleh rakyat dan untuk rakyat.” Di bumi 1malaysia, demokrasi sering di kelirukan
Dengan “kebebasan mutlak yang bakal mencetuskan huru-hara” malah ada kalanya di hadkan kepada pilihanraya” sahaja. Logic barisan nasional BN, Negara kita demokrasi selagi pilihan raya umum diadakan, malah mereka mungkin bermegah kerana hantu juga diberikan hak untuk mengundi.
Tempuh masa yg lepas pedana menteri Najib Razak mengumumkan kesediaan kerajaan umno/bn untuk memasuhkan akta ISA (keselamatan dalam negeri) sebagai usaha Negara Malaysia menuju kepada Negara demokrasi terbaik di dunia. Apa tersirat disebalik kenyataan ini adalah, kerajaan akhirnya mengaku bahawa demokrasi bukan sekadar peti undi, tetapi lebih daripada pangkah-memangkah. Persoalannya apakah dengan pengumuman pemansuhan ISA Malaysia dengan sendirinya akan melonjak sebagai Negara demokrasi terbaik di dunia…? Usahlah kita memetik angka indeks yg berbiji-biji untuk mengilirukan pakcik-makcik di felda, mereka tidak mempunyai kesabaran untuk mendengar teori yang berbelit-belit. Biarlah kita ungkapkan dalam bahasa yang mudah, apa makna sebenarnya Demokrasi….
1) Adakah Demokrasi bermakna….. rumah kita tidak dilempar bom petrol, atau dibaling batu ketika berceramah apabila kita member i tafsiran sejarah yang bercanggah dengan propaganda pemerintah.
2) Adakah Demokrasi bermakna…..pemerintah sudi berdebat bersemuka dengan pembangkang secara terbuka apabila berbeza pandangan, bukannya mewakilkan pendakwa raya untuk mengurung pembangkang dikandang tertuduh dalam mahkamah.
3) Adakah Demokrasi bermakna…kita tidak menerima pesanan ringkas (sms) ancaman maut, apabila kita mengetuai gerakan menuntut reformasi system pilihan raya.
4) Adakah Demokrasi bermakna…brek kereta ketua pembangkang tidak diusik dan anak perempuannya tidak diugut dengan keselamatan cucunya.
5) Adakah Demokrasi bermakna…mana-mana sabotaj yang berlaku keatas pihak pembangkang, akan diberikan perhatian yang setimpal oleh pihak POLIS, sebagaimana jika ianya berlaku terhadap isteri perdana menteri dan suaminya.
6) Adakah Demokrasi bermakna…kita tidak dibedil gas pemedih mata dan ditembak meriam air berkimia ketika turun kejalan raya secara aman untuk tunjuk perasaan.
7) Adakah Demokrasi bermakna…polis hanya bertugas untuk menjaga kelancaran lalu lintas ketika rakyat berhimpun, bukannya menyekat jalan raya atau melumpuhkan system pengangkutan awam, seolah-olah darurat sedang berlaku di ibu Negara.
8) Adakah Demokrasi bermakna…kita tidak ditahan dan ditangkap sewenang-wenangnya, hanya kerana memakai BAYU KUNING, HITAM ataupun bergambar PAHLAWAN REFORMASI.
9) Adakah Demokrasi bermakna…tiada perenggan dalam majalah yang kita baca itu dihitamkan dengan dakwat kekal.
10) Adakah Demokrasi bermakna…kartunis tidak akan ditangkap, ditahan, dipindahkan dari balai ke balai sebanyak lima kali dalam tempoh tujuh jam, hanya kerana melukis “KARTUN”
11) Adakah Demokrasi bermakna…remaja tidak ditembak mati oleh polis dalam perjalanannya ke rumah, selepas menonton pertandingan bole sepak di warong mamak pada lewat malam.
12) Adakah Demokrasi bermakna…membunuh mati seorang pahlawan kecil kerana menghadiri perhimpunan “BERSIH” untuk menunjukkan sikap tidak bersetuju kepada pemerintah yang dalam setiap kali pilihan raya diadakan.
13) Adakah Demokrasi bermakna…suspek tahanan tidak mati dibelasah sebelum didakwa di mahkamah.
14) Adakah Demokrasi bermakna…mereka yang di siasat oleh suruhanjaya pencegah rasuah (SPRM) tidak mati di bunuh “bunuh diri” atau mati tersungkur” ketika berada dalam bangunan insititusi tersebut.
15) Adakah Demokrasi bermakna… Rekod perjalanan passport seorang wanita asing tetap kekal dalam computer meskipun mayatnya berkecai diletupkan dengan c4.
16) Adakah Demokrasi bermakna…kita tidak perlu melarikan diri keluar Negara selepas membuat akuan bersumpah.
17) Adakah Demokrasi bermakna…siswi tidak hilang selepas mencalonkan diri sebagai wakil pelajar dalam pilihan raya kampus.
18) Adakah Demokrasi bermakna…kerajaan akan mematikan enjin jentolak, untuk mendengar suara penoraka Bandar sebelum jentolak pembangunan menghancurkan rumah mereka di kawasan bergelar “SETINGAN”.
19) Adakah Demokrasi bermakna…kerajaan berunding dengan rakyat sebelum projek kilang pemprosesan nadir bumi diberi kata dua.
20) Adakah Demokrasi bermakna…hak tanah adat orang asli dihormati apabila “PEMBANGUNAN” perlu mengambil tempat.
21) Adakah Demokrasi bermakna…pemerintah dan pembangkang tidak wujud ketika tempoh kempen pilihanraya.
22) Adakah Demokrasi bermakna…semua parti politik bertanding diberikan ruang seadil-adilnya untuk berkempen melalui saluran rasmi seperti media elektronik dan media cetak arus perdana.
23) Adakah Demokrasi bermakna…anwar Ibrahim diberi peluang yang sama rata dengan najib razak untuk membentang manifestonya, berdebat dan saling menyanggah.
24) Adakah Demokrasi bermakna…SPRM akan bertindak segera apabila presiden sesebuah parti cuba merasuah pengundi dengan projek RM5 juta semasa pilihanraya kecil dengan ungkapan “ you help me…I help you” .
25) Adakah Demokrasi bermakna…menteri tidak boleh berselindung disebalik AKTA RAHSIA RASMI apabila kementeriannya dituduh terlibat dalam kes mengambil komisen 530 juta dari pembelian kapal selam.
26) Adakah Demokrasi bermakna…peguam Negara asing tidak diusir balik apabila mencelikkan rakyat Malaysia tentang berapa sifar yang ada dalam jumlah komisen kapal (gagal) selam.

ADAKAH PRU13 AKAN DATANG INI “LEMBARAN TERAKHIR” UNTUK UMNO/BN ….KITA TUNGGU HUKUMAN RAKYAT KEPADA MEREKA MENTERI-MENTERI UMNO/BN YANG MENJANA PENDAPATAN LEBIHAN (GILA BABI) DARI HASIL KEDERITAAN USAHA KERINGAT RAKYAT MALAYSIA.

Advertisements