Islam di Malaysia adalah islam yg ditadbir dan bukan islam yg mentadbir. Hujah ini disokong oleh perkara2 berikut:-
1) Mengikut perlembagaan persekutuan, agama islam terletak di bawah kuasa negari.
2) Setiap negaeri mengubal enekment pentadbiraan agama islam masing2
3) Setiap negeri juga membentuk majlis agama islam yg mengandungi tokoh2 islam dan bertindak sebagai badan perundangan islam yg sebenar di negeri itu.
4) Tugas utama majlis agama islam termasuk:
a) Membuat peraturan2 mengenai agama islam.
b) Mengeluarkan fatwa.
c) Mentadbir majlis2 dan sekolah2 agama.
d) Mengutip zakat, fitrah dan bayaran yg lain yg diwajibkan bagi orang islam.
e) Mengurus wakaf.
5) Disamping itu sebuah jabatan agama islam yg mengandungi pegawai2 kerajaan juga dibentuk untuk membantu majlis agama islam menjalankan tugasnya.
Perlembagaan persekutuan juga menghadkan pemakaian undang2 islam.
1) Perlembagaan persekutuan member kuasa kepada dewan undangan negeri untuk membuat undang2 mengenai pentadbiran agama islam termasuk mahkamah syariah bagi negeri yg berkenaan.
2) Bagaimanapun perlembangan persekutuan memperuntukan bahawa mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat islam dan mengenai pengamalan ajaran islam setakat ditetapkan oleh undang2 persekutuan.
3) Dengan itu akta mahakamah syariah 1965 (pindah 1984) telah menghadkan kuasa mahkamah syariah pd paras menhjatuhi penjara sehingga tiga tahun, hukuman denda sehingga rm 5,000 dan hukuman sebat sehingga 6 rotan.
4) Mengikut suatu pindaan perlembagan persekutuan pada 1988, mahkamah tinggi dan mahkamah2 bawahan tidak mampunyai kuasa kehakiman keatas perkara2 yg telah menjadi bidang kuasa mahkamah sayriah.
5) Undang2 syariah tidak diamalkan secara menyeluruh dinegara ini.
Dinyatakan juga bidang kuasa hamkamah syariah yg terhad.
1) Bidang kuasa sivil meliputi :
a) Perkahwinan
b) Pencerian
c) Nafkah anak dan isteri
d) Pewarisan harta
2) Bidang kuasa jenayah meliputi :
a) Kesalahan matrimoni seperti tidak taat kepada suami
b) Kesalahan hubungan seks seperti persetubuhan haram, berkhalwat dan pelacuran
c) Kesalah minuman keras seperti menjual dan meminum arak
d) Kesalahan keimanan seperti tidak solat juamaat., tidak berpuasa atau tidak membayar zakat
e) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftarkan masuk atau keluar daripada islam.
f) Kesalahan berhubungan dengan perjudian.
Fakta ini jelas menunjukkan bahawa islam di Malaysia adalah islam DIPERINTAH DAN BUKAN ISLAM YANG MEMERINTAH. Disinilah terletak kesedihan kita yg amat sangat kerana HUKUM HAKAM ISLAM BELUM LAGI DI DAULATKAN DI BUMI MALAYSIA.
Marilah kita bersama2 mendoakan agar semua muslimin dan muslimat serta terutamanya pembesar2 dan pemimpin2 negara dapat berkerjasama mendaulatkan HUKUM ALLAH dan meletakkannya ditempat yg sepatutnya yakni DIATAS SEKALI dari segala undang2 ciptaan manusia….insya Allah Rahmat Allah akan menyirami bumi bertuah ini…aminnnn..!!!
BERIMAN PADA AL-QURAN.

Advertisements