MERDEKAKAH.. KITA….?????
Bila Demokrasi hancur luluh kerana ideologi manusia yang menciptanya telah meletakkan konsep pemerintahan melebihi konsep kepimpinan.
Demokrasi perlu dipugar agar menuruti kehendak rakyat selagi mana ia berasaskan keadilan. Bagi kaum Islam, demokrasi perlu dibersihkan dari sebarang kecacatan noda dosa yang dipacu di atas pentas matlamat menghalalkan cara.
MERDEKAKAH.. KITA….?????
Apabila kelompok keluarga kepada si pemerintah mulai naik daun, meragut semua projek mega, rasuah dan nepotisme melampau dalam pengagihan kekayaaan negara, ‘membubu’ keuntungan koperat atas nama keluarga pemerintah dan sebagainya.
MERDEKAKAH.. KITA….?????
Demokrasi seolah-olah hanya impian kaum bawahan yang tertekan atau tertindas, ia hanya menjadi teori indah kaum tertindas kononnya jika mereka berjaya berkuasa mereka akan mengubah dunia agar menjadi lebih adil.
MERDEKAKAH.. KITA….?????
Golongan-golongan bangsawan Sang Para Dewa Penguasa ditatang dan dilindungi dari perbuatan keji meragut dan merompak oleh undang-undang rimba yg mereka ciptakan sendiri.
MERDEKAKAH.. KITA….?????
Rakyat dikakukan mulut dan lidahnya serta golongan pelajar ditumpulkan minda dan semangat mereka dari berbicara tentang penyelewengan, keburukan sifat Sang Para Dewa Penguasa dan kemudiannya dialunkan nada merdu indah oleh semboyan media melalui corong”BUSUK” kepunyaan mereka. Sang Para Dewa Kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran “Adalah seperti yang mereka inginKAN”
MERDEKA..!!! MERDEKA..!!! MERDEKA..!!!!
“Rakyat perlu tahu sejarah kemerdekaan Malaysia juga datangnya dari tokoh agama atau pejuang-pejuang Melayu terdahulu. Memandangkan mereka di kalangan ulamak maka nama mereka dipadam sebaliknya yang timbul golongan sosialis atau sekularisme”
Semboyan perjuangan merdeka atau mati, hidup mulia atau mati syahid tidak dapat dipisahkan dari benih-benih kesedaran beragama yang tumbuh subur menghiasi jiwa ..
PMT.

Advertisements