Selepas lebih dua tahun memegang tampuk kuasa, kini wujud tanda-tanda jelas menunjukkan Malaysia, di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggelongsor kembali ke zaman pemerintahan kuku besi yang mungkin lebih dashyat daripada era Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini pemerintahan beliau dibandingkan dengan ciri-ciri sebuah negara fasis atau pemerintahan diktator bertopengkan demokrasi berteraskan pemusatan kuasa kepada seseorang pemimpin.
IMBAS KEMBALI ZAMAN MAHADIR MUHAMMAD
Adakah meyakinkan jika Mirzan & Mokhzaini anak-anak Mahathir/Siti Hasmah berusia 30-an boleh bertukar menjadi kayaraya multi-billionaire sesingkat masa, padahal pendidikan dan keterampilannya tidak lebih dari seorang budak manja yang masih ‘mengopek’ melekap ke susu lisut Siti Hasmah – saban hari berfoya-foya dimeja judi ‘Roulette” di Casino di Macau, Las Vegas dan Gold Coast berkepit betina segala bangsa? Apabila kalah berpuluh-puluh juta, maka ‘anak salah asuhan’ ini pulang merengek meminta “wang paksa” dari syarikat-syarikat yang dalam kesempitan!! Itu baru satu contoh antara ratusan contoh lain!!
PERANAN PERUNDANGAN
“Dengan menggunakan strategi propaganda yang licik, rakyat dipengaruhi untuk menerima penindasan hak asasi mereka. Sekiranya pencabulan sampai ketahap diketahui umum, pemerintah akan menggunakan taktik, kerahsiaan, penafian dan penyebaran maklumat yang salah,” Adakah salah mendedahkan “Keburukan kerajaan” untuk diketahui 20 juta rakyat yang selama ini ditipu, dirompak, diperkudakan dan dipeloceh oleh “Regim Rakus” ini?
PERANAN SPRM (RASUAH)
“Golongan elit sektor ekonomi akan dilindungi oleh kumpulan elit politik dalam jalinan menang-menang, mereka yang berada dalam lingkungan perniagaan ini akan memperkayakan diri mereka.
“Gejala rasuah ini berfungsi dua hala; golongan elit pemerintah akan menerima habuan kewangan dan material daripada penguasa ekonomi manakala mereka pula akan menerima keutamaan projek daripada kerajaan.
“Selain itu golongan elit pemerintah mempunyai sumber lain untuk menimba harta serta kekayaan: umpamanya dengan merompak hasil mahsul negara. Dengan institusi keselamatan di bawah telunjuk mereka dan media dalam kawalan ketat, gejala rasuah yang membarah ini dibiarkan tanpa sebarang halangan dan tanpa disedari dan difahami oleh rakyat umum,”
PERANAN SPR
“Antara pencabulan sisten pilihan raya yang biasa dilakukan termasuk mengawal jentera pelaksana pilihan raya, mengugut serta melakukan intimidasi terhadap penyokong pembangkang, memusnah atau menafikan pengundian secara sah dan mengikut undang-undang, dan akhirnya menggunakan badan kehakiman untuk memastikan golongan elit terus berkuasa,
PERANAN KEMENTERIAN PENERANGAN
“Rejim ini menggunakan cara yang lebih terselindung untuk menundukkan media termasuk mengawal perlesenan, akses kepada sumber, tekanan ekonomi serta ugutan.
“Mereka yang mengetuai organisasi media pula bersekongkol dengan pemerintah dan dengan cara ini menghalang maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan diketahui rakyat,”
PERANAN KEAGAMAAN
“Malah golongan fasis akan menonjolkan imej bahawa merekalah pelindung kepada agama dan mempertahankan kesuciannya. Persepsi menentang kerajaan sama dengan melawan agama ditanam dalam minda rakyat,”
PERANAN POLIS
“Kekerasan digunakan untuk menekan serta menangkap pemimpin parti pembangkang dan mereka dilabel sebagai pengacau dan pengkhianat malah seringkali tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada pihak penentang. Pihak polis pula bertindak sesuka hati dengan melampaui batas kuasa mereka,”

Advertisements