UMNO MELATIH MELAYU JADI LAYU…MENJADI DALANG PEMUSNAH MELAYU DAN ISLAM

Umno dilahirkan pada tahun 1946 iaitu 64 tahun yg lalu, walaupun umno bukan lah parti tertua di Negara ini tetapi adalah parti terbesar yang  didukung oleh orang-orang melayu serta teras kepada pemerintahan Negara sejak tahun 1957 menerusi barisan nasional (BN).

Angka 64 tahun bukan lah angka 64 hari atau 64 bulan untuk kita mencapai nikmat kemerdekaan dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial, termasuk agama islam, hak istimewa orang melayu, bahasa melayu dan kedudukan institusi raja-raja melayu.

Ada sesetengah orang berpendapat  dan menegaskan bahawa umno akan kecundang jika dasar perjuangannya hanyalah ditumpukan untuk diri dan kelompok kecil dalam parti. Pemimpin umno juga menjadi sesat dan angkuh berpunca daripada peranan media cetak aliran arus perdana dan elektronik yg sentiasa menyatakan semuanya benar dan wajar apa yg dilakukan pemimpin atasan. Jika dikritik dari mana-mana pihak termasuk ahli umno sendiri, media ini akan terus menekan pendapat itu, media pengampu ini juga berpegang pada dasar kepentingan diri dan kuasa serta kedudukan.

Ada yg berpendapat, presiden Umno merangkap perdana menteri Allahyarham Yun Abdul Razak saja yg berpegang teguh kepada perjuangan umno manakala presiden dan perdana menteri yg lain lebih banyak merosakkan perjuangan umno. Guru-guru melayu yg satu ketika dulu menjadi teras kepada umno keluar dari parti ini beramai-ramai pada 1959 kerana desakan mereka (guru-guru melayu) supaya diwujudkan  sekolah menengah melayu.. di tolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu dan menteri pelajaran, mohd khir johari.

Ketika zaman Allahyarham Tun Abdul Razak banyak dasar-dasar perjuangan umno di pulihkan, misalnya Mewujudkan Dasar Pelajaran Razak 1957 dan dikaji semula 1961 yg menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama di semua peringkat persekolahan termasuk university.

Bagaimanapun dasar yg diterima oleh semua bangsa ini telah dimusnahkan oleh mahadir Muhammad semasa beliau menjadi PM, apabila PPSMI diwujudka pada 2003. Kesannya selain daripada kedudukkan bahasa melayu terjejas hampir pupus,  lebih kurang 500,000 pelajar setahun yg kebanyakannya dari luar Bandar dan majority melayu telah tercicir akibat daripada Sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris.

Walaupun PPSMI akan dihapuskan pada 2012 namun usaha memperkasakan bahasa inggeris terus diperhebatkan dengan peruntukan 5 billion dan usaha  membawa beratus-ratus orang guru dari luar Negara untuk melatih 5,000 orang guru bahasa inggeris tempatan…

Advertisements