100 ULAMAK BISU MASUK UMNO…tidak layak di panggil ulamak.

Kita tidak hairan walau pun ulamak tersebut mencecah ribuan manusia, kalau kualiti ilmunya agama hanya sekadar guru tadika kemas..sekiranya nak dihitung dengan jumlah ulamak yg sebegitu besar rasanya ramai anak melayu tidak terkinja-kinja di pub dan disco seperti yg berlaku sekarang, tiada berlaku masalah pembuangan bayi, tiada berlaku masalah remaja yang bersekedudukan tanpa nikah, tiada lagi kita lihat bangsa melayu yang mengaku islam minum arak, yang lebih ketara tiada lagi kita lihat isteri-isteri pemimpin umno tidak bertudung (bertudung jambul di depan)  tiada lagi kita ragui kepimpinan melayu islam dalam soal “BARAH RASUAH” dan tiada lagi penentang-penentang islam dikalangan pemimpin umno menolak Hukum Allah.

Yang menyedihkan umno mempergunakan “NAMA ULAMAK” untuk menghalalkan kerja haram mereka demi kuasa, secara tidak langsung mereka ini meletakkan mertabat ulamak di hujung tumit kaki mereka. Mempersendakan mertabat ulamak sungguh menyedihkan kita sebagai umat islam tambahan pula dengan apa yang berlaku sekarang yang dilakukan pemimpin umno seperti isu menghalalkan judi bola, ada dikalangan keluarga pemimpin menjadi pengusaha kilang arak, isu fitnah seperti makanan harian pemimpin, isu rasuah dalam perhimpunan umno sendiri dan global menjadi darah daging umno, mengambil Yahudi Israel menjadi penasihat kepada kerajaan dan sebagainya. Jika ditafsirkan dari sudut pandangan ilmu dimanakah letaknya pengetahuan ilmu 100 ulamak umno ini..mari kita letakkan AYAT QURAN dan HADIS NABI ditengah-tengah sebagai pegangan pandangan kebenaran ini….

Bagaimana 100 ulamak ini nak memperjelaskan pegangan mereka menyokong umno dalam kalimah Allah ini….???

Al-Maaidah ayat 44:

Dan barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir

Al-Baqarah ayat 10:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu dalam agama islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata”

Al-Lail ayat 14&15:

“Sebab itu, Aku memperingatkan kepada kamu api yang menyala, Tiada masuk kedalamnya selain dari orang yang amat celaka yang mendustakan (kebenaran) dan membelakang”

Al-Maidah ayat 90:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu …menjauhinya supaya kamu Berjaya.

Hadis Nabi :

” Siapa yg takut kepada Allah Ta’ala nescaya tiap sesuatu akan takut kepadanya. Dan siapa siapa yg takut selain Allah Ta’ala nescaya ia dipertakutkan oleh Allah dari tiap sesuatu.

(dirawikan Abusy-Syaikh)

“orang mu’min itu semua wali (aulia) Allah ta’ala, apakah engkau tidak mendengar firman Allah azza wa jella “Allah itu yang kasih orang yang beriman, mereka dikeluarkan Nya dari kegelapan kepada cahaya yang terang  (Nur)

(dirawikan daru anas)

Ini semua cerita lama dan skrip lama Cuma pelakon sahaja yang bersilih ganti. Sudah beratus malah beribu Ustaz dan Ustazah menyertai Umno namun apa yang mereka boleh buat. Umno tetap teguh membelakangkan Islam. Tahap ustaz dan ustazah belum mencapai ke tahap Ulamak…

Advertisements